Mutiara Kata

JADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP , DORONGAN SEBAGAI TEMAN SETIA , PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA , DAN JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN .

Friday, May 29, 2009

Ekonomi dijangka pulih – PM

Oleh ZULKIFLI JALILdan ZABRY MOHAMADutusanpengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.
Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.
“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.
Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, ini merupakan pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.Katanya, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008.“Seterusnya perbelanjaan permintaan domestik kecuali perbelanjaan awam semakin merosot berikutan kelembapan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta.
“Dari sudut penawaran, hampir semua sektor ekonomi utama telah merosot kecuali sektor pembinaan yang telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor awam,” ujarnya.
Selaras dengan perkembangan tersebut, jelas beliau, kerajaan telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia bagi tahun ini daripada antara -1 hingga 1 peratus kepada -4 hingga -5 peratus.Beliau berkata, bagi memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dalam menghadapi keadaan getir semasa, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang ditetapkan, diikuti.
Langkah-langkah tersebut adalah memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan pulangan menguntungkan; langkah liberalisasi diperhebat; pembangunan modal insan dipertingkatkan; dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimantapkan lagi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menambah, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang getir, kerajaan akan tetap memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat didahulukan dengan mengutamakan pembangunan menyeluruh supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil kemakmuran negara.
“Kerajaan juga akan terus berusaha melonjakkan ekonomi negara ke arah aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.“Untuk ini, satu model ekonomi baru sedang digubal di mana sektor-sektor berpotensi tinggi akan diberikan tumpuan khusus yang berteraskan inovasi dan kreativiti serta berasaskan pengetahuan,” jelasnya.

Thursday, May 28, 2009

UEFA Champions League 2009

Previous seasons / Winners
2008-2009 FC Barcelona
2007 - 2008 Manchester United FC »
2006 - 2007 AC Milan »
2005 - 2006 FC Barcelona »
2004 - 2005 Liverpool FC »
2003 - 2004 FC Porto »
2002 - 2003 AC Milan »
2001 - 2002 Real Madrid CF »
2000 - 2001 FC Bayern München »
1999 - 2000 Real Madrid CF »
1998 - 1999 Manchester United FC »
1997 - 1998 Real Madrid CF »
1996 - 1997 BV Borussia Dortmund »
1995 - 1996 Juventus »
1994 - 1995 AFC Ajax »
1993 - 1994 AC Milan »
1992 - 1993 Olympique de Marseille
1991 - 1992 FC Barcelona
1990 - 1991 FK Crvena Zvezda
1989 - 1990 AC Milan
1988 - 1989 AC Milan
1987 - 1988 PSV Eindhoven
1986 - 1987 FC Porto
1985 - 1986 FC Steaua Bucureşti
1984 - 1985 Juventus
1983 - 1984 Liverpool FC
1982 - 1983 Hamburger SV
1981 - 1982 Aston Villa FC
1980 - 1981 Liverpool FC
1979 - 1980 Nottingham Forest FC
1978 - 1979 Nottingham Forest FC
1977 - 1978 Liverpool FC
1976 - 1977 Liverpool FC
1975 - 1976 FC Bayern München
1974 - 1975 FC Bayern München
1973 - 1974 FC Bayern München
1972 - 1973 AFC Ajax
1971 - 1972 AFC Ajax
1970 - 1971 AFC Ajax
1969 - 1970 Feyenoord
1968 - 1969 AC Milan
1967 - 1968 Manchester United FC
1966 - 1967 Celtic FC
1965 - 1966 Real Madrid CF
1964 - 1965 FC Internazionale Milano
1963 - 1964 FC Internazionale Milano
1962 - 1963 AC Milan
1961 - 1962 SL Benfica
1960 - 1961 SL Benfica
1959 - 1960 Real Madrid CF
1958 - 1959 Real Madrid CF
1957 - 1958 Real Madrid CF
1956 - 1957 Real Madrid CF
1955 - 1956 Real Madrid CF

Ref:www.uefa.com

Tuesday, May 26, 2009